Carl Gustaf Emil Mannerheim
Carl Gustaf Emil Mannerheim

Carl Gustaf Emil Mannerheim

Baron Carl Gustaf Emil Mannerheim (sebutan Sweden: [ˈkɑːɭ ˈɡɵˈstav ˈeːmɪl ˈmanːɛrˈheɪm]; in Bahasa Rusia: Густав Карлович Ма́ннергейм, tr. Gustav Karlovich (lit."anak Karl") Mannerheim; 4 Jun 1867 – 27 Januari 1951) adalah seorang pemimpin tentera dan negarawan berbangsa Finland. Mannerheim berkhidmat sebagai pemimpin tentera Finland Putih dalam Perang Saudara Finland, Pemangku Raja Finland (1918–1919), Panglima Tertinggi Angkatan Pertahanan Finland semasa Perang Dunia II, Marsyal Finland, dan Presiden Finland Ke-6 (1944–1946). Didalam kaji selidik Finland selepas 53 tahun kematiannya, Mannerheim telah dipilih sebagai bangsa Finland terhebat sepanjang zaman.[1] Diberi pengiktirafan besar di Finland dan dimana-mana sahaja atas peranan hebatnya dalam mewujudkan dan kemudian mengekalkan kemerdekaan Finland daripada Rusia, Mannerheim telah lama digelar sebagai bapa pemodenan Finland,[2][3][4][5][6] dan Muzium Mannerheim di ibu negara Helsinki dibina sempena memperingati zaman dan kehidupan pemimpin tersebut dan ia telah dipanggil "benda yang paling dekat terdapat pada sebuah tempat keramat negara [Finland]."[4]Mannerheim telah dilahirkan di Grand Duchy Finland, Empayar Rusia, kepada sebuah keluarga bangsawan berbahasa Sweden yang menetap di Finland pada hujung abad ke-18. Moyang sebelah bapanya berketurunan Jerman bernama Marhein yang berhijrah ke Sweden semasa abad ke-17.[7] Keturunan ibunya berasal dari Södermanland, Sweden.[8]Mannerheim memulakan kerjayanya didalam Tentera Darat Imperial Rusia, naik hingga ke pangkat Leftenan Jeneral. Beliau juga mempunyai tempat yang penting dalam upacara pertabalan Tsar Nicholas II dan kemudian mengadakan beberapa mesyuarat sulit dengan Tsar Rusia. Selepas revolusi Bolshevik, Finland mengisytiharkan kemerdekaannya tetapi selepas itu terbabit dalam perang saudara antara "puak Merah" yang pro-Bolshevik dan "puak Putih," yang merupakan pasukan tentera Senat Finland. Mannerheim telah dilantik sebagai ketua tentera Pengawal Putih. 20 tahun kemudian, apabila Finland berperang sebanyak dua kali dengan Kesatuan Soviet dari hujung tahun 1939 hingga September 1944, Mannerheim berjaya memimpin pertahanan Finland selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera negara tersebut. Pada tahun 1944, apabila prospek kekalahan Jerman dalam Perang Dunia II menjadi jelas, Mannerheim telah dipilih sebagai Presiden Finland dan membuat perundingan damai dengan Soviet Union dan United Kingdom. (Finland tidak pernah berperang dengan Amerika Syarikat.) Beliau meletakkan jawatan presiden pada tahun 1946 dan meninggal dunia pada tahun 1951.

Carl Gustaf Emil Mannerheim

Lahir (1867-06-04)4 Jun 1867
Askainen, Grand Duchy Finland, Empayar Rusia
Tempat persemadian Tanah Perkuburan Hietaniemi, Helsinki
Pangkat Leftenan Jeneral (Rusia)
Fil Marsyal
Didahului oleh P. E. Svinhufvud
Kerakyatan Finland
Tandatangan
Digantikan oleh K. J. Ståhlberg selaku Presiden Republik
Pasangan Anastasie Mannerheim, dilahirkan Arapova (cerai 1919)
Tahun perkhidmatan 1887–1917 (Rusia)
1918–1946 (Finland)
Profesion Pegawai tentera dan negarawan
Kesetiaan  Empayar Rusia
 Finland
Anak-anak Anastasie, 23.4.1893–1977
Sophie, 15.7.1895–1963
Pertempuran Perang Jepun-Rusia
Perang Dunia I
Perang Saudara Finland
Perang Dunia II
Meninggal dunia 27 Januari 1951(1951-01-27) (umur 83)
Lausanne, Switzerland
Perkhidmatan/cawangan Tentera Darat Imperial Rusia
Pengawal Putih
Tentera Darat Finland
Perdana Menteri Antti Hackzell
Urho Castrén
J. K. Paasikivi